Monday, April 5, 2010

gambar

Pak Pandir baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya. Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Pak Pandir naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Pak Pandir mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi. Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Gambar yang berada di tangan Pak Pandir terlepas lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Pak Pandir tunduk dan mencari gambarnya yang terjatuh tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Pak Pandirpun berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar".ape lagi kakak tu bagi ah penampar percuma kat pak pandir

No comments:

Post a Comment